Wednesday, 19 February 2014

Biar...

lama tak menyemak kat blog. takda masa. malas nak cari masa nak update. saje buat sombong dengan dunia blog. kau tahu apa?

dah lama terpikir nak post pasal benda yang nak aku post hari ni.

korang ada abah?
alaaa tak kesah lah. kau panggil apa pun.
ayah ke, papa ke, bapak ke, daddy ke, puppy ke.
tapi kalau aku. aku ada abah.

abah.
bapak aku sama tinggi dengan aku. perut buncit. handsome (weh, mestilah kena puji bapak sendiri. kau gila)
hitam manis (maksud dia kat sini, aku lagi putih lah. k perasan. k diam teruskan baca)
bapak aku ni simple ja. dia pendiam (haaa mcm aku lah. k aku tipu)
dia banyak diam dari cakap.
bak kata orang nak cari pasangan tu biar contra kan.
mak aku jenis banyak cakap, bapak aku jenis banyak diam.
so balance. (nak jugak pasangan mcm ni, ahh gedik)

okay. saja nak throwback masa kecik kecik bapak aku ni cane.
k sebenarnya dia ni garang. nampak je diam. tapi aum garang mcm harimau kumbang kau noks.



INGAT LAGI
masa aku kecik, masa ni berdua je dengan abang aku. cehh konon anak last manja last.
mintak apa pun dapat, ye la masa kecik kan. dah besar ni. nak mintak pun dah tahu takdapat -.-
aku mintak basikal. ye laaa masa kecik kan.
so dapat lah basikal satu. warna merah tayar kecik (kalau basikal tu ada sekarang, aku naik confirm tayar pecah. k)
alkisahnya, bapak aku dah pesan. ada basikal. jangan kuat merayau. tolong mak kemas rumah, buat kerja rumah.
kesudahnya, mmg taklah nak dengar apa benda dia pesan tu. setiap petang merayau naik basikal baru. bila pikir balik. batak gila. basikal je pun. heh
lama jugak bapak aku perati perangai aku. haaaa kesudahnya. malam tu, bapak aku suruh amek pisau kat dapur. aku amek la. last last dia pegi potong tayar basikal aku. Ya Allah, sumpah menangis time tu. okay. tu last aku ada basikal.. sampai skrg takda basikal k.
Sejak tu timbul keinsafan. okay mintak basikal baru. dia tak kasi. k abah.

Karangan aku panjang sangat ke?
okay, nak baca sudah. taknak baca. lantak. kesah? (gila sombong  kau mimi)


aku lajutkan jela cerita aku ni k. bukan apa nnt engkorang bosan baca kisah aku. (ceh, ade ke orang baca)
sekarang ni aku dah 21 tahun.
bapak aku banyak diam. cuba sekali dia cakap kau kena dengar.
serious cakap. bapak aku ni jenis korang tgok pun "ekleh, garang betul bapak mimi ni"
takpun sebenarnya, muka dia mmg pesen garang. hati dia baik (cehh, puji bapak. mohon abah baca post ni)
lepastu dah besar ni baru aku nampak sifat abah cane.
k suka mengarah k
hahaha mak cakap mungkin sbb dia dah biasa kat tmpt kerja mengarah orang bawah dia, so bila sampai kat rumah benda tu dah jadi biasa. suka sangat mengarah. hahaha (redho terima arahan)


Engko kalau aku post gambar bapak aku, gila melting engkorang nnt. silap silap ada yang hanta meminang terus. haaaa nampak? nampak takda kena mengena dia.


meh aku belanja sikit selfie bapak aku. dia yang suruh aku amekkan gambar dia. haaa nampak? kah!  



aku tak guna filter pun gambar abah aku. nampak? natural skin. kahkah !
setakat tu je kot post yang dah bape lama menetap kat draft blog aku ni, tu je laaa kot. kang aku bebel lagi. kata aku syok sendiri. hahaha 

Last word, Sayang Abah :)










No comments:

Post a Comment